Tuesday, March 1, 2011

Islam itu indah

Sejadah terbentang. Tubuh ditegakkan.

Saat itu, hanya kamu dan Dia. Ya, temujanji rutin.

Tidakkah itu indah? Setiap muslim mendapat peluang bersendirian dengan Tuhannya 5 kali sehari?

Setiap muslim diberi pilihan yang sama, tidak kira miskin kaya, tua muda, lelaki perempuan.

Allah swt tidak pilih kasih.

Dipetik daripada buku 'Denyut Kasih Medik':

Seorang lelaki berkata,"Tu lah, kita semua kena faham ilmu agama. Bukan ustaz je yang nak masuk syurga."

Lebih kurang macam tu.

Bukan seperti agama Nasrani, seolah-olah hanya paderi dan biarawati sahaja yang benar-benar menganut agamanya dan ingin masuk syurga?

Hanya biarawati yang menutup aurat. Hanya biarawati yang menjaga pergaulan lelaki perempuan. Bagaimana dengan yang lain?

Indahnya Islam, syumulnya Islam. Tidakkah kita bertuah? =)


No comments:

Post a Comment