Si topeng cokelat itu manusia yang bertopengkan wajah sendiri

Friday, June 11, 2010

Sutrah dalam solat


Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
"Sekiranya seseorang yang lalu di hadapan orang yang bersolat itu mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat), nescaya untuk berhenti 40 tahun adalah lebih baik baginya daripada meneruskan lalu di hadapan orang solat ini." Berkata perawi : "Aku tidak pasti sama ada Nabi s.a.w menyebut 40 hari, bulan atau tahun." (Riwayat al-Bukhari)

Sutrah bermaksud sesuatu objek yang dijadikan sebagai sempadan kawasan solat, ataupun sebagai penghadang. Sutrah boleh menggunakan apa-apa objek di depan arah kiblat seperti batu, tongkat, atau tiang & boleh juga dengan membuat satu garisan.


Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
"Apabila seseorang di antara kamu ingin bersolat, hendaklah ia meletakkan di hadapannya sesuatu. Sekiranya tiada, letaklah tongkat. Sekiranya tiada, buatlah satu garisan kemudian tiada lagi mudarat sesiapa yang lalu di hadapannya."
(Riwayat at-Tarmizi,Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Hibban)

-Para ulamak bersepakat hukum meletakkan penghadang tersebut adalah sunat. :)


No comments:

Post a Comment