Si topeng cokelat itu manusia yang bertopengkan wajah sendiri

Monday, July 12, 2010

Questions!

1. Apakah nama blog anda dan kenapa anda memilih nama itu?
Ekspresi Nyata. Sebab blog ini akan kisahkan kenyataan. :)


2. Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
www.topengcokelat.blogspot.com. Fuh,lama kot nak fikir ni. Terfikir nak buat cokelat sebab suka cokelat tp idea topeng tu dikaitkan dengan hipokrit. Setiap manusia itu ada pakai topengnya ; wajahnya sendiri. :)

3. Apakah method penulisan dalam blog anda?
Emm.. Dulu libatkan hal peribadi. Tapi sekarang dah tak nak letak hal peribadi, menyentuh isu sensitiviti. Huhuh.. Lagipun, tak semua perlu tahu rahsia dan isi hati Liana Sharif. :)
Biasanya tulis tentang hakikat yang terfkir dan dirasakan menarik untuk bacaan orang lain. Kalau tak, copy post yang dirasakan menarik untuk memberi pendedahan kepada pembaca blog yang lain.

4. Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
Mungkin. Masa tengah frust dulu. (=.=)
Sebab? Seorang hamba Allah yang berkecil hati.


5. Pernah tak ahli keluarga anda membaca blog anda dan apa kata mereka?

Bukan setakat kakak dan adik, umi dan ayah pun baca! Hehe.. Biasa kami sekeluarga kalau baca blog ahli keluarga yang lain akan hanya menanam kekaguman dalam hati. Tak sebut apa-apa tapi masing-masing ambil tahu. Macam tu lah lebih kurang.


6. Apakah perasaan anda apabila orang lain mengatakan bahawa anda punya blog ini buruk sedangkan masih ada yang mengatakan blog anda cantik?
Orang ada mulut sekarang ni kadang-kadang tak pandai cakap benda baik. Haha. Kata-kata yang buruk dirasakan lebih manis di bibir mereka. Biarkan saja. Saya suka cokelat, asalkan manis dipandang. Yang penting isi blognya. :)


7. Bilakah anda mula mempunyai blog?
Emm.. Lepas habis SPM kot sebab masa tu baru banyak masa free. Hehe... Awal-awal tu satu hari boleh banyak post. Sekarang seminggu pun idea banyak dah kering. :)

8. Siapakah orang pertama yang mengetahui anda mempunyai blog?
Aisyah rasanya sebab dia ada nampak masa nak sign up blog. Ahahah..

9. Apa perasaan anda apabila orang mengatakan tentang blog anda di sekolah/universiti/tempat kerja?
Kalau positif, Alhamdulillah. Ada jugak yang dapat pulangan positif daripada membaca. Tapi kalau negatif, mungkin agak kecil hati, tapi mulut tu hak mereka.


10. 10 orang untuk di-tag
Sesiapa yang baca dan ada blog kena buat! :D

(Sebab kalau suruh sesape yang nak ambil sendiri mesti orang tak nak buat sebab malu je, orang tak ajak. Heheh. Biasa la tu;) :P

No comments:

Post a Comment