Si topeng cokelat itu manusia yang bertopengkan wajah sendiri

Thursday, September 2, 2010

Nafsu amarah bangkit tatkala solat berjemaah?

Pengalaman ni hampir semua orang pernah rasa terutama bagi mereka-mereka yang rajin-rajinkan kaki nak gerak berjemaah di surau atau yang tinggal kat asrama yang sudah menjadi kebiasaan.. Tapi macamana plak tengah solat, jemaah pulak tu, boleh terdetik rasa marah? Haa.. Ni mesti semua orang pernah rasa.. Lagi-lagi dalam bulan Ramadhan penuh barakah ni, yang mana tiap malam dijalankan solat teraweh berjemaah..

1. Orang sebelah baca kuat sangat
Yang ni memang payah.. Nak tegur tak sampai hati.. Mana la tau, agak-agak dia memang tak boleh berbisik! Memang payah nak khusyuk(khusyuk ke?) & xpayah kata la, memang terlupa kat mana dah baca fatihah tadi sebab terganggu dgn org sebelah.. Haish..
Bagi mereka yang terasa, tolong-tolonglah orang lain yang nak CUBA khusyuk ni, perlahankan nada anda.. :)

2. Sempit
Ni memang adat berjemaah kecuali bagi mereka-mereka yang bijak menyusun saf. Kalau boleh, nak sumbat jugak dalam saf! Yelah, nak kejar saf depan.. Tapi,pandai-pandai la datang awal.. Huhu.. Bila dah sempit, memang lagi lah susah nak khusyuk. Asyik fikir nak habis cepat la, panas la..
Tips dari zaman sekolah : Tunggu kat tepi sekali.. Hehe.. Nanti kita tak la kena himpit..

3. Orang duduk atas kaki
Yang ni pun dah cukup umum bagi mereka yang mengamalkan berjemaah kecuali bagi mereka yang bijak menyusun saf. Sambungan sempit tadi la.. Bila tahiyat akhir, mesti ada yang terduduk atas kaki.. Lepas tu, masa tahiyat akhir tu tak khusyuk sampai habis sebab sakit kaki.. Alahai.. Masa tu, hati geram je kat orang sebelah..
Tips dari zaman sekolah : Tarik telapak kaki ke dalam(anticlockwise) rapat ke badan sampai orang kanan dah bangun dari sujud, baru lepaskan.. Ni kalau kita dah bangun dulu dari sujud sebelum dia. Pandai-pandai lah korang bayangkan ye?

4. Kita duduk atas kaki orang
Yang ni akan jadi kalau kita bangun dari sujud selepas orang kiri. Kalau orang macam ni, digelar 'orang tak pandai jaga kaki'. Memang saja-saja nak biar kaki dia kena duduk. Sepanjang tahiyat akhir tu penuh lah rasa bersalah sebab buat dia tak khusyuk sakit kaki, sampai sendiri pun tak khusyuk dah..
Tips dari zaman sekolah : Bangun sebelum orang kiri bangun. Hahah, nak buat macamana lagi?

Pesanan : Ada sesetengah orang yang bila sempit, dia duduk untuk tahiyat akhir dengan cara duduk tahiyat awal. Menurut ustazah yang dipercayai, tak boleh buat macam tu sebab duduk tahiyat akhir merupakan salah satu rukun solat. Wallahualam. Sekadar perkongsian.
( Correction! Duduk ni memang rukun tapi tahiyat akhir je. Maksudnya tak boleh tahiyat masa berdiri atau sujud. Tapi lipat kaki ni hanya sunat. Buat dapat pahala. Tak buat tak apa.) Sama-sama lah kita kumpul pahala banyak-banyak!! X)

Credits : Syazwan Muhaimin



Jadi, sepanjang-panjang solat tu rasa marah menguasai, tapi tengah solat, tahankan aje la.. NAmun, Allah swt dah cipta segala rukun dan tatatertib cukup sempurna dan indah.. Akhir solat, kita pasti akan senyum pada orang sebelah, kanan dan kiri sambil menyambut tangan dan bersalam.. Waktu tu, maafkan lah salah silap dia dan harapkanlah kemaafan daripada dia.. Pasti semua rasa marah hilang dan tak ingat dah lepas tu sangat.. :)


Ehh, jangan marah imam baca surah panjang sangat sampai kita tersengguk-sengguk, dia cuma nak tolong tambah pahala untuk kita semua.. :)
Bermaafanlah sesama kita, sesungguhnya Allah swt Tuhan kita MAHA Pengampun.. Jadi siapakah kita untuk tidak mengampunkan orang lain?

Selamat mengejar lailatul qadar dan selamat menyambut Aidil Fitri.. (>.<)

Wassalamualaikum wbt..

No comments:

Post a Comment