Bukan "kerjasamaaa!" Kita bukan seperti Wonderpets, yang hidupnya bertujuan untuk menyelamatkan binatang comel.
Kita manusia. Insan. Khalifah bumi, yang hidupnya bertujuan untuk menguruskan bumi Allah swt semata-mata mendapatkan keredhaan-Nya , serta tunduk pada semua perintah-Nya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Umur belasan tahun, seakan-akan jauh lagi umurnya. Panjang lagi masa depan di hadapannya. Sungguh tinggi cita-citanya.
Umur 20-an, baru tamat pengajiannya. Dunia kerjaya menanti. Sungguh tinggi memasang impian untuk berumahtangga. Panjang lagi masa untuk menikmati manisnya berteman.
Umur 30-an, bertambah kematangannya. Anak-anak kian dewasa. Sungguh tingggi impian untuk mereka. Panjang lagi masa depan menanti anak-anak mengurniakan cucu.
Umur 40-an, kerjaya semakin cemerlang. Bertingkat-tingkat jawatan telah didaki. Rumah, kereta bertukar demi keselesaan. Sungguh tinggi impian melancong ke seluruh dunia. Panjang lagi masa menikmati keindahan alam.
Umur 50-an, pelbagai penyakit datang mengunjungi. Namun, mati dan akhirat masih kelihatan terlalu jauh. "Aku belum bercucu! Ternyata aku belum cukup tua,"bisik benak hatinya. Sungguh tinggi impian menyaksikan setiap zuriatnya membina masjid mereka sendiri. Panjang lagi masa untuk semua itu.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dahulu, ada seorang badar(badan dakwah dan rohaniah) pernah bertanya kepada kami. "Siapa yang berani kata esok dia masih hidup?"
Sepi. Tiada siapa yang berani bersuara. Ajal yang sejak azali sudah tertulis di lohmahfuz hanya diketahui oleh-Nya.
Tapi kita sudah pun merancang perkara untuk esok dan akan datang dengan beraninya dan yakin yang esok kita masih ada.
Ajal boleh datang secara tiba-tiba dan pada bila-bila. Bila Izrail datang menjenguk, tidak akan sesaat pun awal atau lewatnya mati itu. Persiapkan diri seperti bakal mati esok. Kerana saat itu, berharaplah bahawa doa anak yang soleh dan solehah akan sentiasa mengiringi.
Jeritan roh diseksa itu didengari oleh semua pelosok dunia kecuali manusia dan jin. Sekiranya manusia mampu mendengarnya, maka tidak akan ada sesiapa yang mahu menguruskan jenazah.
terima kasih
ReplyDeleteSama-sama. :)
ReplyDelete