Si topeng cokelat itu manusia yang bertopengkan wajah sendiri

Tuesday, January 24, 2012

BroMC '12




Brotherhood Muslim Camp anjuran PMIUM.

Rumusan? Alhamdulillah.. Banyak pengisian yang dapat.. Cuma tak minat sangat masuk hutan naik bukit semua tu. (Tak adventurous!)

Alhamdulillah, macam-macam orang kita kenal. Ada yang dari Indonesia, Thailand, Singapore. Malah ada sorang belum Islam, bak kata Imam Muda Fakhrul. Hehe. & dia pun kata dia dapat manfaat daripada pengalaman kali ni.

Kem ni buktikan Islam tak menyekat aktiviti lasak sebab jasmani pun penting. Ramai yang pandang rendah kalau nampak muslimah berbaju labuh. Tapi haritu semua aktif! Jangan main-main..

Lagu tema kem ni, mula-mula dengar macam rock. Agak tak percaya la.. Tapi lirik dia menyentuh perasaan kalau didalami.. Kongsi Korus je ok? Kalau nak cari sendiri. (^^)

Bila Diri Disayangi - Ukays

Bila ku sedari
Diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila ku keliru
Ku sebut namaMU
Terasa diriku kembali dipandu
Engkau yang pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan, Engkaulah cahaya
Izinkanlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayangMU
Ku berserah diri..



Ni versi akustik. Original rock sikit. Kalau nak carik yang lain okay?

No comments:

Post a Comment