Tajuk teater KK12 tahun ni. Macam menarik kan?
Tag line dia : Kekalahan yang paling celaka adalah berputus asa (lebih kurang macam ni kalau tak silap)
Wah, macam dah semangat! Tapi kalau nak simpulkan.. Kecewa sikit. Baru nak bangga sikit dari kolej 12 =.= Tak baik sungguh.
Tapi, tajuk tu sendiri tak nampak pun dalam cerita tu? Kata berani mati, tapi watak dalam cerita tu semua menunjukkan yang diaorang takut nak mati.
Cerita ni boleh buat orang salah faham pada konsep jihad yang sebenar, salah faham pada semangat tentera Islam yang sebenar.
Umat Islam kat Palestin tu tak takut pun mati. Sedangkan syahid di sisi agama tu kan kejayaan bagi seorang muslim?
Menurut Firman Allah yang bermaksud :
Wahai orang beriman!
Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu : "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah" , kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)?
Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat?
(Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini amat sedikit berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.
Surah Al-Tawbah ayat 38
Berperang, laung "Allahuakbar" tapi tak merebut peluang untuk syurga dan terlepas seksaan kubur?
Bukan apa, cuma kita tak nak orang salah faham pada tentera Islam dan semangat jihad tu.
Moral daripada cerita ini banyak kepada "Janganlah kita...." daripada "Kita haruslah..."
Sedih bila keluar, dengar orang cakap
"Sia-sia je datang, membazir masa aku."
"Tak macam teater pun, macam Senario lagi ada."
Kalau terlibat lah dalam krew tahun ni, sedih sangat usaha macam ni hasilnya.
Kita lebih nak orang ingat pada kasih sayang Allah yang luas tak terhingga, bukan pada orang yang tak ingat hakikat ni.
Daripada Ar Rusydan PMIUM,(buletin ya,bukan orang)
Sebuah hadis Kudsi daripada Muaz bin Jabal r.a, bermaksud:
"Hamba-Ku telah berlaku tidak adil terhadap diriku. Dia meminta kepada-Ku, tetapi aku malu untuk tidak mengabulkan keinginannya. Padahal dia tidak pernah malu bermaksiat kepada-Ku"
Yang ni tak ada kaitan dengan yang atas, tapi cuma nak kongsi. Tersentuh dengan hadis ni. Sedangkan Allah masih ingat pada kita walaupun kita tak ingat pada Dia.
Kita mintak macam-macaam, ni nak, tu nak, nak suami soleh, nak result bagus, nak biasiswa, macam-macam lah. Allah malu untuk tak tunaikan. Tapi, macamana kita balas?
Bukan yang menulis ni sempurna. Kebanyakan kata-kata ni ditujukan pada tuan punya badan. Tapi nak diajak untuk sama-sama berfikir.
Allah sayaaaang pada kita. Bila kita lupa Allah, Dia berikan jalan untuk kembali pada Dia. Biarpun berkali-kali, Allah akan sentiasa ada untuk kita kembali mengingati-Nya.
Walaupun semua orang tak faham, semua orang tak peduli. Allah faham, Allah peduli. Dia ada. Sentiasa. Tidak pernah dan tidak akan hilang. =')
No comments:
Post a Comment