Si topeng cokelat itu manusia yang bertopengkan wajah sendiri

Sunday, May 9, 2010


Aku salah. Kamu salah. Dia salah. Mereka salah. Semua salah?
Kenapa mesti kena ada yang salah?

Aku betul. Kamu betul. Dia betul. Mereka betul.
Kenapa mesti kena ada yang betul?

Macamana kalau.. Aku salah.. Aku betulkan salah aku.. Hurm.. Boleh jugak kan?

Tapi kalau kita biar dia salah, mereka salah tanpa cuba membantu.. Kita pun salah.

Situasi 1 :-
Aku : 2 x 4 = 6 (Asek main tambah je,boring plak kan? Heheh)
Dia : (Bukan meniru) 2 x 4 = 6
Aku : (Tanpa melihat jawapan dia) Eh, macam salah je? Alamak, ni 2 + 4 = 6, 2 x 4 = 8 daaa... (Sambil membetulkan jawapan)
Dia : (Terus kepada soalan seterusnya) 3 x 5 = 8

Aku terlihat jawapan dia & sedar jawapan itu salah.
Aku salah.. Aku betulkan salah aku. Tapi, aku nampak dia salah jugak. Tapi aku tak tolong.. Aku salah jugak. Aku tengok je dia kena marah & kena rotan dengan cikgu sedangkan aku boleh tolong dia tadi.. Mesti dia tak kena marah n kena rotan..

Situasi 2 :-
Aku : Oh, aku selalu tinggal solat. Alhamdulillah Allah dah bagi hidayah untuk kembali ke jalan yg benar..

Aku melihat dia yg selamberk dek lepak kat kedai kopi tak pergi sembahyang dr awal Maghrib sampai dah nak masuk Isyak..

Aku salah sebab aku tak ajak dia solat. Aku berdosa sebab fikir yg buruk2 pasal dia, kenapa dia tak nak solat & bukannya pergi tanya dia kenapa & tolong dia..



Aku salah! Aku salah! Aku salah!
Aku yg banyak lagi buat dosa masih sibuk nak nilai orang siapa betul siapa salah,perlu ke?? Apa guna orang tu salah tapi aku cuma ngumpat je? Dosa bertambah lagi kat aku, lain kalau aku tolong aku dapat pahala.. Astaghfirullahal'azim.. Aku hamba yg masih banyak buat dosa, aku tak sempurna masih nak ukur baik buruk orang lain, bukan nak ukur baik buruk aku..

satu org kapir yang mati tanpa di dakwah oleh orang islam, dan satu orang murtad mati tanpa dipujuk masuk islam kembali,.. maka semua org islam berdosa tau!
Nabi bila ada mayat yahudi ‘lalu’ depan baginda, Nabi menangis…sahabat hairan..Nabi Muhammad SAW jawab, tahukah kamu? bahawa mereka akan kekal selama lamanya dalam neraka... dan kalaulah aku jumpa dia sekali lagi, mungkin dia akan dapt hidayat Allah (lebih kurang)

Manusia mudah lupa, bukan Melayu je.. Terutama aku, makhluk yg penuh kecelaan lagi hina sering lupa nikmat dunia takkan kekal.. Selalu leka dengan tv, lagu, internet(aduhai!) sedangkan esok pun ajal boleh jemput, Malaikat Izrail datang ketuk pintu.. Tak tanya pun "Dah sedia ke belum?", bila Allah SWT arahkan suruh cabut nyawa hambaNya Nur Liana BT Sharif, maka akan dicabutlah.. Lenyaplah aku dari muka bumi, semua mimpi kekal mimpi, tak tercapai.. Alahai, taubat sekejap-sekejap je bila baru dengar tazkirah.. Huhuh.. Tapi bila ajal dah jemput.. Takkan tanya pun..

"Dah sedia ke belum?"


No comments:

Post a Comment