Si topeng cokelat itu manusia yang bertopengkan wajah sendiri

Saturday, May 8, 2010


Hari ini aku sangat gembira.. :)

Bukan kerana sahabat-sahabat rapat bakal ke matriks mulai Isnin..

Bukan kerana baru bershopping beli barang ke asrama.

Bukan kerana baru upload gambar-gambar sahabat yg sangat2 rindu.

Perlu ke ditanya kenapa aku gembira? :)

Aku cuma gembira..


Di setiap dosa semua manusia, Allah telah sediakan keampunan sebelum manusia itu bertaubat lagi, dan Allah akan memberikan keampunan serta merta, sebaik sahaja manusia memintanya…

Tapi, oleh kerana jadi mayat itu datangnya dengan tiba-tiba, maka nak tak nak, kita kena taubat setiap hari...

Ketahuilah, bahawa Allah Yang Maha Pengampun, telah menyediakan keampunan di setiap dosa manusia yang mana sebaik sahaja manusia bertaubat, maka keampunan itu akan menjadi milik manusia…

Sesungguhnya, Allah Yang Maha Pengasih telah menyediakan keampunan yang lebih besar dari mana-mana dosa manusia, mintalah sebelum jadi mayat, maka insyAllah keampunan itu akan menjadi milik manusia yang sudah tidak berdosa lagi… amin...

Tapi manusia…

Oh! Manusia, (sambil mengeleng-gelengkan kepala)

Manusia mana yang mengadakan kemaafan sebelum manusia lain menyakiti mereka?
Sehinggakan selepas manusia di sakiti manusia, sama ada jasad atau batin, dan setelah manusia yang menyakiti meminta maaf kepada manusia yang di sakiti, yang di sakiti tidak dapat memberi maaf kepada yang menyakiti, kerana dalam hati yang di sakiti, langung tiada maaf…

Lalu dari lidah manusia yang disakiti itu, terungkaplah kata kata:

“Tiada Maaf bagi mu”

“Pergi Mampos”

“Masuklah kamu dalam Neraka”


Ampunkanlah aku, sahabat.. Sebelum masuk mana-mana.. Aku selalu buat dosa, tak ingat akhirat, terikut-ikut kata syaitan yg tak habis-habis berbisik kat telinga..

No comments:

Post a Comment