Bukan, bukan malu-malu kucing apabila sang gadis berjalan di hadapan segerombolan lelaki.
Bukan, bukan malu apabila dimarahi di khalayak ramai.
Bukan, bukan malu apabila tersungkur di tempat awam..
MALU. MALU kerana ada lebih. MALU kerana orang yang tidak punya lebih ada lebih untuk diberi.
(People who has less have more to give.)
Ada seorang veteran di China memberikan SEMUA ganjaran dalam bentuk wang yang telah diberikan kepadanya kepada badan kebajikan anak-anak yatim. Sedangkan dia tinggal dalam rumah sewa yang serba serbi kekurangan mempunyai barang-barang yang 'ala kadar' sahaja untuk hidup. Rumah dia tak ada TV plasma pun, taka ada katil besar pun, tak ada astro pun. Walhal ganjaran yang dia dapat melebihi puluhan ribu.
Andai kita yang dapat, mesti dah beli harta duniawi yang kita nak. Sedekah mungkin dalam berapa percent kee.. Betul? Sanggup ke berikan orang lain semua duit tu sedangkan kehidupan yang serba cukup malah lebih menanti?
MALU dengan orang kurang berkemampuan yang pemurah.. MALU sebab kita punya lebih tapi kurang untuk diberi..
Ada saudara kepada sahabat yang menghidapi kanser.. Walaupun pada detik kesakitan yang amat masih berkeinginan untuk menceriakan orang lain agar mereka tidak dibelenggu atas rasa tertekan dan terbeban melihat kesakitannya.
Kita? Mungkin akan rasa mengasihani diri sendiri dan memikirkan berapa banyak lagi perkara yang mahu dilakukan di dunia yang masih dalam senarai 'tidak tercapai'. Rasa sedih jika tidak mendapat belas ihsan orang lain atas ketidak prihatinan mereka dan menjadikan itu sebagai salah satu sebab untuk menekan diri. Jari tetap dituding pada orang lain. Inikan orang yang tak 'wish' hari jadi pun dah cukup kecil hati, apalagi orang tidak menjenguk ketika sakit..
MALU dengan pesakit yang memikirkan orang lain. Betapa mulianya hati mereka untuk dibandingkan dengan tuan punya badan.
MALU. MALU. MALU.
MALU dengan ALLAH swt yang MAHA Pemurah dan MAHA Penyayang.. Yang akan mengampunkan walau sebanyak mana pun dosa denganNYA selagi seseorang itu bertaubat.
MALU dengan ALLAH swt yang mana kasih sayangNYA kerap tak dihargai sedangkan udara untuk bernafas juga merupakan salah satu bentuk kasih sayangNYA.
MALU kerana jarang meletakkan ALLAH swt dalam ibadah yang meliputi perbuatan seharian seperti makan dan tidur.
MALU kerana lupa diri dan terlalu asyik dengan kenikmatan fana.
Malu..
Because as a slave, we're not acting like one.
malu~
ReplyDelete