Si topeng cokelat itu manusia yang bertopengkan wajah sendiri

Friday, May 27, 2011

Istilah yang sebenar?


Patience.
My sister read that patience means to be able to withstand at the first blow.

Seperti berupaya untuk tidak mengerutkan muka selepas menelan sesuatu yang pahit.

Masam pun boleh jugak kot.

Sebelum ni pun selalu terfikir.. Macamana baru seseorang tu dikira tabah? Mungkin sama macam maksud yang kat atas tu kot..

Tapi macamana dengan ikhlas?

Bila kita telefon kawan ke, keluarga.. Yaa.. Ikhlas telefon ni, tanda ingatan & nak tanya khabar atau cerita kisah baru.
Tapi lepas habis je call, terus check credit tinggal berapa.. Haha.. Betul tak? Jadi.. Tu tanda tak ikhlas ke ya?

Baik hati? Macamana?
Keluarkan duit dari jauh, buat-buat macam tak nampak peminta sedekah tu. Bila betul-betul depan dia, berhenti, senyum dan pas kan duit & terus pergi.

Yakin?
Depan penemuduga cakap dengan suara lantang, muka senyum sedangkan kaki yang menggeletar.

Jujur?
Bila kawan tanya dia sebenarnya macamana sebab dia nak perbaiki diri, kita bagitau semua yang baik je pasal dia & sikit yang tak baik sebab kita tau dalam hati dia sebenarnya tak sedia nak dengar. Jadi kita tinggalkan yang buruk tu pasal dia untuk menjaga persahabatan & lagipun rasanya hal kecik je yang buruk-buruk pasal dia. Dalam tak sedar, kita dah buat dia lagi bangga dengan diri sendiri & buat dia lupa yang dia pun banyak kelemahan..
Lepas tu dia fikir dia selalu betul sebab dia kan hampir sempurna..

Kongsi kebahagiaan?
Kita cakap tahniah dia dapat markah lagi tinggi sedangkan hati kita sedih sebab rasanya macam dia tak layak dapat macam tu..

Bantu-membantu?
Bila dia susah kita tolong dia, dengan harapan bila kita susah dia akan tolong kita.. Tapi bila dia tak nak tolong, kita ungkit satu-satu benda yang kita tolong dia, memori-memori yang khas disimpan untuk diungkit bila dia tiba-tiba tak nak tolong nanti. Haha..

Belanja makan?
Kononnya cakap, order je lah nak apa.. Makan la ikut suka, harini saya belanja.. Wow.. Tapi.. Bila orang tu tak nampak, ambik menu kira semua makanan & check duit dalam wallet/purse ni cukup ke tak.. Kira dulu duit untuk sendiri nanti wujud lagi tak?

Hahaha.. Ingat tak masa sekolah rendah kita selalu diajar untuk ingat nilai-nilai murni & selalu diisi pengajaran ni dalam kisah-kisah kanak-kanak.
Tapi istilah tu kalau nak aplikasi dalam kehidupan, apakah maksud yang sebenarnya?

Kamus ni pandai bagitau orang je.. Dia bukan buat pun. Contoh dari segi teori memang mudah nak buat. Aplikasi?

Antara perkara yang orang paling suka dengar..
"Eh, kau pun macam tu jugak ke? Aku ingat aku sorang je rasa macam tu!"
Untuk perkara-perkara yang semua orang tak nak kongsi dengan orang lain sebab dia bajet dia je rasa macam tu.. Hahah.. Manusia memang comel kan? :)



1 comment:

  1. adakah ini bermakna belum sempurna lagi pembawaan nilai2 murni dlm masyarakat kita..

    ReplyDelete