Okay. Siapa Nabi Khidir a.s ni sebenarnya? Dalam buku yang ditulis Harun Arrasyid ni, ada banyak sangat teori tentang Nabi misteri ni, tapi banyak yang datang daripada hadis tak sahih..
Tak habis baca lagi tapi dalam usaha..
Bagi mereka yang tak pernah dengar pasal Nabi Khidir a.s, kisah nabi a.s ni ada dalam al-Quran, surah al-Kahfi.
Haha, dan bagi mereka yang malas nak bukak tafsir nak baca, sila betulkan kedudukan anda di kerusi sekarang kerana anda mungkin akan duduk lama sikit..
Surah al-Kahfi ayat 60-82.
Firman Allah yang bermaksud, "
60. Dan (ingatkanlah peristiwa) tatkala (Nabi) Musa berkata kepada temannya, " Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu, atau aku berjalan terus bertahun-tahun."
61. Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, mereka terlupa akan hal ikan mereka, lalu ikan itu menggelongsor menempuh jalannya di laut, yang merupakan lorong di bawah tanah.
62. Setelah mereka melampaui (tempat itu), Musa berkata kepada temannya, "Bawalah makanan tengah hari kita, sebenarnya kita telah mengalami penat lelah dalam perjalanan kita ini."
63. Temannya berkata, "Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu. Tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepada engkau melainkan syaitan. Ikan itu telah menggelongsor menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan."
64. (Nabi) Musa berkata, " Itulah(tempat) yang kita kehendaki;" mereka pun berpatah balik semula ke situ, dengan menurut jejak mereka.
65. Lalu mereka mendapati ada seorang daripada hamba-hamba Kami ( iaitu Nabi Khidir), yang telah Kami kurniakan kepadanya rahmat daripada Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; daripada sisi Kami.
66. Musa berkata kepadanya, "Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarkan kepadaku apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, sebagai ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?"
67. Dia menjawab, "Sesungguhnya engkau(wahai Musa), sekali-kali tidak akan dapat bersabar bersamaku.
68. Bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara menyeluruh?"
69. Musa berkata, "Engkau akan dapatiku, Insya' Allah: seorang yang penyabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu."
70. Dia menjawab, "Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku sesuatu pun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu."
71. Lalu keduanya pun berjalan sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, dia membocorkannya. Musa berkata, "Patutkah engkau membocorkannya, sedangkan akibat perbuatan itu boleh menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan kesalahan yang berat."
72. Dia menjawab, "Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau sekali-kali tidak akan mampu bersabar bersamaku?"
73. Musa berkata, "Janganlah engkau marahkan daku disebabkan daku lupa (akan syaratmu); dan janganlah engkau membebani aku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku (menuntut ilmu)."
74. Kemudian kedua-duanya berjalan sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu dia membunuhnya. Musa berkata, "Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar."
75. Dia menjawab, "Bukankah, aku telah katakan, bahawa engkau tidak sekali-kali akan mampu bersabar bersamaku?"
76. Musa berkata, "Jika aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah engkau biarkan aku menemanimu lagi, sesudah engkau sudah berkali-kali memberi keuzuran (alasan agar tidak menemanimu)."
77. Maka keduanya berjalan lagi, sehingga mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makanan kepada penduduk di situ, tetapi penduduk bandar itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ ada sebuah dinding rumah yang hampir runtuh , lalu Khidir mendirikannya semula. Musa berkata, " Jika engkau mahu, engkau berhak mengambil upah untuknya (kerana kita sangat memerlukan makanan)."
78. Dia menjawab, "Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (perbuatan-perbuatanku) yang engkau tidak mampu bersabar mengenainya."
79. "Adapun perahu itu adalah kepunyaan oran miskin yang bekerja di laut, aku bocorkan dengan tujuan hendak merosakkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas setiap perahu yang masih baik;"
80. "Dan adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa dia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur (kerana pemuda itu telah ditakdirkan Allah, dewasanya menjadi kafir)."
81. "Oleh itu, kami berharap, supaya Tuhan mereka dapat menggantikan dengan anak yang lebih baik kebersihan jiwa daripadanya dan lebih kasih sayangnya;"
82. "Dan adapun dinding rumah itu pula, adalah kepunyaan dua orang anak yatim di bandar itu dan di bawahnya ada "harta tersimpan" kepunyaan mereka dan bapa mereka pula adalah orang yang salih. Maka Tuhanmu menghendaki supaya apabila mereka dewasa, mereka dapat mengeluarkan harta mereka yang tersimpan itu, sebagai satu rahmat daripada Tuhanmu. Dan aku tidak melakukan menurut kehendakku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya."
"
Surah Al-Kahfi ayat 6o-82.
Maafkan andai ada tersilap. Tafsir ini disalin serupa moga mendapat manfaat.. Insya' Allah..
Kalau musykil boleh rujuk sendiri kitab tafsir.. Dikatakan nama Khidir bermaksud hijau, kerana di mana-mana pun dia melaksanakan solat, maka sekitarnya menjadi hijau.
Wallahualam..
Oh ya.. Buku yang paling berhak kita habis baca, Al-Quran.. Author, Allah s.w.t.. Pengarang terhebat.. =)
Kan?
Well, lets work hard on finishing this very great book, Al-Quran! (^^,)
ramai gak ye insan2 yg misteri dlm sejarah kenabian. cthnya iskandar zulqarnain dan luqman alhakim
ReplyDelete