Si topeng cokelat itu manusia yang bertopengkan wajah sendiri
Tuesday, March 26, 2013
Anak perempuan memang letih nak jaga, tapi...
Kalau ada anak perempuan, mesti pening kepala nak melayan. Dengan PMS lagi, satu-satu kerenah anak nak kena tahan. Tapi, ada ganjaran untuk semua tu. Khas buat umi ayah tersayang, terima kasih banyak-banyak bahagiakan anak-anak permpuan yang banyak songeh. Semoga syurga sebagai ganjaran.. (>.<)
Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan seSuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment